Saturday 30 March 2013

bicara tiada tajuk


Suaramu yang melekakan
Matamu yang mengasyikkan
Caramu yang mengagumkan
Bicaramu yang mencairkan

Meski semua itu bersifat mayapada
Tamsilan yang ternyata
Cukup menyeksa
Membuat insan menjadi alpa
Sehingga mereka terlupa
Untuk membuka mata dan minda
Ya, anda dibumi yang nyata!

Apabila fantasi menjadi dominan dalam diri
Terdorong nafsi dalam kehidupan insani
Menjadi mangkin merosakkan diri
Akhir kalam memakan diri

Bezakan antara mimpi dan realiti
Agar tidak tersilap lagi
Dalam merangkai maksud diberi
Supaya diri tak terluka lagi

*created by lafinna
  10.22 p.m..23 Ogos 2010
  Isnin bersamaan 13 Ramadhan 1431

No comments:

Post a Comment