Saturday 9 November 2013

janji

bicara butir janji manusia
sering dilafaz sering dikata
namun sukar juga dikota
jesteru membuat lain terluka

mengapa kau berjanji
kalau tidak mahu menepati
jangan engkau termakan janji
kelak kau tidak lagi dipercayai

aku lelah dan penat
dengan semua janji kau buat
akhirnya apa pun tak dapat
yang tinggal hanya hati yang sakit

(LF)


Monday 21 October 2013

mencintai atau dicintai

assalamualaikum..

dah lama rasanya aku tak coretkan apa-apa di dalam blog ni..maksudnye post yang panjang berjela-jela..haha...kali ini, aku rasa macam nak ceritakan tentang mencinta atau dicinta..

kalau diberi pilihan, mahu dicintai atau mencintai?
kalau aku, versi tamak tetap ada, mahu mencintai dan dicintai oleh orang yang sama :)
tapi dalam dunia sekarang ni masih wujud lagi ke dua-dua kita dapat? selalunya salah satu je yang kita akan dapat terpulang kepada cara kita mencari dan cara kita menerima.

dari segi perspektif aku, kalau nak orang yang mencintai kita, konsepnya biarkan diri kita dikejar tapi kalau mahu mencintai, kita sendiri yang harus mengejar.  aku? aku lebih suka mengejar dari dikejar..tapi kena berani tanggung risiko sebab kata orang, semakin kita kejar cinta itu, semakin jauh ia lari..

pernahkah aku mengejar cinta?
tipulah kalau kata tak pernah..tapi itulah, semakin aku kejar semakin menjauh ia pergi. namun kali ini, aku takkan mencari lagi..kata orang kalau ada jodoh tak kemana.  belajar cintakan diri sendiri dulu sebelum mencintai orang lain.

jadi, kesimpulannya apa? mencintai atau dicintai lebih baik?
sepatutnya, dicintai lebih baik kerana jika seseorang mencintai kita, dia akan hargai dan cuba untuk tidak sakiti hati kita berbanding dengan mencintai, hanya kita yang memberi membuatkan kita yang akan selalu terluka dan memendam rasa dimana bila kita tak dapat menampung lagi rasa itu, hati itu akan hancur sehancurnya.



Friday 20 September 2013

kerana

itulah aku
yang tak pernah menyakitimu
hanya selalu mencintaimu
setiap masa, ketika dan waktu

kubiarkan diriku dilukai
ku relakan diriku didustai
oleh dirimu berulang kali
hingga aku sudah menjadi lali

pernahkah sekali kau fikir akan diriku?
menyelami perasaan jua hatiku
atau semua itu tak bermakna bagimu
kerna aku umpama patung bernyawa untukmu?

aku bertahan demi kita
biarpun setiap hari kuberduka
adakah ia sementara atau selamanya
aku tetap menanti waktu itu tiba
kerna kau tetap aku cinta

*aiza sayfina binti noorul azam
  4.43p.m. jumaat 20 september 2013





Thursday 27 June 2013

tinggalkanku lagi

sampai satu ketika
aku merasa penat untuk terus berharap
walaupun kata orang harapan itu buat kita ada sebab
untuk terus rasa diperlukan
tapi harapan bagiku makin kabur
kerna semua adalah sia sia
bukan sesaat, namun bertahun
aku hidup dan terus hidup dengan harapan
tapi akhirnya pergi meninggalkanku lagi

Saturday 8 June 2013

cinta jarak jauh


Aku disini kau disana
Namun rasa kita tetap serupa
Biarpun jarak memisahkan kita
Percayalah aku tetap setia

Takkan goyah akan perasaan
Itu yang aku akan janjikan
Biarpun kuhadapi berbagai halangan
Percayalah kasih hanya kau diingatan

Biar beribu cabaran
Begitu jua dugaan
Mahupun persengketaan
Kau tak akan kutinggalkan

Namun mengapa hati ini gelisah?
Andai aku setia adakah kau akan berubah?
Oh tuhan, mampukah aku tabah
Jika kasihnya yang beralih arah?

Cinta jarak jauh antara kita
Sukar diukur sejauh mana
Masih utuh ditahap apa
Aneh juga penuh drama
Tapi inilah cerita yang tercipta
Antara aku dan dia


Ciptaan aiza syafina
7 jun 2013, 2.09 a.m


Sunday 12 May 2013

ibu:mama:mak:umi

ibu
hanya kau dihatiku
setiap masa dan waktu
yang kubayang cumalah ibu

mama
difikiranmu anak,anak dan anak setiap masa
sakitkah,makankah,belajarkah yang ditanya
sedangkan dirimu menjadi nombor dua tiga..

mak
salahkah aku menjadi tamak?
mengharap kasih dan sayang yang berlambak

umi
dirimu bagaikan lilin yang membakar diri
menerangi hidup kami
hingga jasad dimamah bumi

umi,mak,mama dan ibu
panggilan banyak tapi tetap satu dihatiku
tetap bertakhta dalam sanubariku
inginku lakarkan coretan buatmu
khas dari anakmu,Aiza Syafina
selamat hari ibu :)

Friday 5 April 2013

maaf, maaf, maaf

bila hati disakiti
aku biarkan sampai lali
bila hati dihancuri
aku tinggalkan kau sendiri

maaf, maaf, maaf
perkataan yang aku benci
kerna tiap kali pasti kau ulangi
biar berapa kali aku memaafi
hati ini tetap kau hancuri

lelah,penat untuk aku bermimpi
pijaklah kaki ke dunia realiti
pisang takkan berbuah dua kali
cukup sampai disini
selamat tinggal wahai pemudi

*1.15 a.m  5 april 2013

Tuesday 2 April 2013

merajai


Penipuan demi penipuan
Aku hadap dan aku lawan
Kenapa tiada lagi kejujuran?

Aku terbitkan kisahku sebagai tatapan
Agar dapat dibina sebuah harapan
Penipuan takkan berpanjangan
Pasti tak tertelan oleh zaman

Wahai putra putri duniawi
Janganlah biar dusta merajai
Kelak tiada yang akan percayai lagi
Percakapanmu,perbuatanmu malah dirimu ini

Sesungguhnya
Dalam dunia wahai pujangga
Kejujuran sukar diperoleh jua
Ya! Ia adalah nyata

Saturday 30 March 2013

hari itu


hari itu...
hari yang aku tunggu
hari segala penentu...

hari itu...
hari yang buat aku buntu
hati jadi keliru
fikiran jadi tak tentu...

hari itu...
pastikah ketemu?
dua hati bertaut dikalbu
saat rindu bertamu..
ya,hanya kau yang satu...


nukilan: syafina azam
sumber: hasil drpd berangan..haha
adaptasi drpd my first short story 'bahagia bukan milikku'

bicara tiada tajuk


Suaramu yang melekakan
Matamu yang mengasyikkan
Caramu yang mengagumkan
Bicaramu yang mencairkan

Meski semua itu bersifat mayapada
Tamsilan yang ternyata
Cukup menyeksa
Membuat insan menjadi alpa
Sehingga mereka terlupa
Untuk membuka mata dan minda
Ya, anda dibumi yang nyata!

Apabila fantasi menjadi dominan dalam diri
Terdorong nafsi dalam kehidupan insani
Menjadi mangkin merosakkan diri
Akhir kalam memakan diri

Bezakan antara mimpi dan realiti
Agar tidak tersilap lagi
Dalam merangkai maksud diberi
Supaya diri tak terluka lagi

*created by lafinna
  10.22 p.m..23 Ogos 2010
  Isnin bersamaan 13 Ramadhan 1431

andai aku punya


Andai masa itu aku yang punya
ingin aku putarkan sesuka hati
ingin aku ulang saat yang gembira berkali-kali
ingin aku hentikan di mana-mana yang aku sukai
andai sahaja masa itu aku punyai

Bangunlah wahai diri
Semua itu cuma angan dan mimpi
Kau tak akan pernah miliki
Masa yang kau impi
Kerana ia bukan milikmu yang hakiki

Masa tetap akan berputar dengan sendiri
Tak akan pernah berhenti
Tak akan pernah diulangi kembali
Dan setiap apa yang terjadi dan bakal terjadi
Tetap akan jadi
Itulah yang akan dilalui setiap insani

*ciptaan spontan la finna
   6:08 p.m. 28 September 2010

cinta vs suka


Seringkali aku terdengar ungkapan ini…kusangkakan ianya hanyalah sekadar ungkapan sehinggalah pada suatu hari aku sudah benar-benar faham dengan ungkapan ini..
~cinta tak boleh dipaksa tapi boleh dipupuk~

“Awak…saya ingat lagi kali pertama awak bercakap dengan saya..saya tahu mesti awak tak akan ingat semua tu tapi sampai sekarang saya ingat lagi…ye, saya mengaku dulu saya tak pernah pun suka awak..saya rasa awak tak ada apa-apa kelebihan yang menarik hati saya..saya pandang awak sebelah mata je.  Sekarang saya da faham hukum karma…akhirnya saya suka awak..itu yang paling saya tak sangka..sampai beberapa bulan selepas tu kita berkawan…saya pernah harapkan awak jadi sebahagian daripada hidup saya..tapi saya tahu semua tu hanya satu mimpi…saya terlalu letakkan harapan yang tinggi pada awak..saya takut saya kecewa nanti..apa yang harus saya buat awak???”

p/s: cerita diatas hanyalah sebagai contoh ye..:)

ada apa dengan cinta sampai semua nak bercerita tentang cinta ye??
Kadang-kadang mungkin sy pon tak faham sebab tak tahu makna sebenar cinta sejati..

Macam mana nak tahu yang dia tu adalah cinta sejati? Ada tulis ke kat dahi?hahaha..memang mustahil la kan..tapi ada perbezaan antara cinta dan suka…

Kalau kita berdepan dengan orang yang kita CINTA
1)    Jantung kita akan berdegup laju
2)    Musim salji macam musin panas
3)    Akan rasa segan bila bertentang mata dengannya
4)    Apa yang nak dicakapkan kepada orang tu tak akan terkeluar dari mulut,terkelu!
5)    Akan berasa malu,segan…
6)    Tak boleh tengok mata dia..malu ar konon..:P
7)    Setiap perasaan CINTA bermula dari mata

Kalau kita berdepan dengan orang yang kita SUKA
1)    Bila berdepan dengannya kita akan rasa gembira
2)    Musim panas tetap sebagai musim panas yang indah
3)    Bila terpandang matanya, kita akan senyum
4)    Bila berdepan dengannya, apa yang mahu dicakapkan pasti boleh luahkan semuanya
5)    Depannya kamu tak akan berasa malu pun


Mood nyanyi: yang mana satu…idaman kalbu..lalalala
Mana satu yang korang rasa kalau berdepan dengan sape2 je la yang korang suka..haha
Ke x de rasa langsung? Agak aneh disitu..:P
Tu je untuk ari ni…time kasih..:)