Saturday 3 May 2014

bunuh aku dengan kata-kata



dulu
aku mahu menunggu
walaupun hati kian luluh
aku belajar tersenyum
kala duka mula menghimpit jiwa
aku berpura-pura tabah
saat aku kian rebah
aku sembunyikan kesedihan
namun terbongkar dihening malam

mengapa
kau bunuh aku dengan kata-katamu?
kau racun aku dengan madahmu?
kau sakiti aku dengan perbuatanmu?
kau hiris perasaan dengan caramu?
kau buang dan tak pedulikanku
kau permainkan aku

lepaskanlah
dari terus terseksa
lupakanlah
kikiskan pesonanya
bebaslah
jangan terus merana
pergilah
kerana aku terpaksa