Saturday 30 March 2013

hari itu


hari itu...
hari yang aku tunggu
hari segala penentu...

hari itu...
hari yang buat aku buntu
hati jadi keliru
fikiran jadi tak tentu...

hari itu...
pastikah ketemu?
dua hati bertaut dikalbu
saat rindu bertamu..
ya,hanya kau yang satu...


nukilan: syafina azam
sumber: hasil drpd berangan..haha
adaptasi drpd my first short story 'bahagia bukan milikku'

bicara tiada tajuk


Suaramu yang melekakan
Matamu yang mengasyikkan
Caramu yang mengagumkan
Bicaramu yang mencairkan

Meski semua itu bersifat mayapada
Tamsilan yang ternyata
Cukup menyeksa
Membuat insan menjadi alpa
Sehingga mereka terlupa
Untuk membuka mata dan minda
Ya, anda dibumi yang nyata!

Apabila fantasi menjadi dominan dalam diri
Terdorong nafsi dalam kehidupan insani
Menjadi mangkin merosakkan diri
Akhir kalam memakan diri

Bezakan antara mimpi dan realiti
Agar tidak tersilap lagi
Dalam merangkai maksud diberi
Supaya diri tak terluka lagi

*created by lafinna
  10.22 p.m..23 Ogos 2010
  Isnin bersamaan 13 Ramadhan 1431

andai aku punya


Andai masa itu aku yang punya
ingin aku putarkan sesuka hati
ingin aku ulang saat yang gembira berkali-kali
ingin aku hentikan di mana-mana yang aku sukai
andai sahaja masa itu aku punyai

Bangunlah wahai diri
Semua itu cuma angan dan mimpi
Kau tak akan pernah miliki
Masa yang kau impi
Kerana ia bukan milikmu yang hakiki

Masa tetap akan berputar dengan sendiri
Tak akan pernah berhenti
Tak akan pernah diulangi kembali
Dan setiap apa yang terjadi dan bakal terjadi
Tetap akan jadi
Itulah yang akan dilalui setiap insani

*ciptaan spontan la finna
   6:08 p.m. 28 September 2010

cinta vs suka


Seringkali aku terdengar ungkapan ini…kusangkakan ianya hanyalah sekadar ungkapan sehinggalah pada suatu hari aku sudah benar-benar faham dengan ungkapan ini..
~cinta tak boleh dipaksa tapi boleh dipupuk~

“Awak…saya ingat lagi kali pertama awak bercakap dengan saya..saya tahu mesti awak tak akan ingat semua tu tapi sampai sekarang saya ingat lagi…ye, saya mengaku dulu saya tak pernah pun suka awak..saya rasa awak tak ada apa-apa kelebihan yang menarik hati saya..saya pandang awak sebelah mata je.  Sekarang saya da faham hukum karma…akhirnya saya suka awak..itu yang paling saya tak sangka..sampai beberapa bulan selepas tu kita berkawan…saya pernah harapkan awak jadi sebahagian daripada hidup saya..tapi saya tahu semua tu hanya satu mimpi…saya terlalu letakkan harapan yang tinggi pada awak..saya takut saya kecewa nanti..apa yang harus saya buat awak???”

p/s: cerita diatas hanyalah sebagai contoh ye..:)

ada apa dengan cinta sampai semua nak bercerita tentang cinta ye??
Kadang-kadang mungkin sy pon tak faham sebab tak tahu makna sebenar cinta sejati..

Macam mana nak tahu yang dia tu adalah cinta sejati? Ada tulis ke kat dahi?hahaha..memang mustahil la kan..tapi ada perbezaan antara cinta dan suka…

Kalau kita berdepan dengan orang yang kita CINTA
1)    Jantung kita akan berdegup laju
2)    Musim salji macam musin panas
3)    Akan rasa segan bila bertentang mata dengannya
4)    Apa yang nak dicakapkan kepada orang tu tak akan terkeluar dari mulut,terkelu!
5)    Akan berasa malu,segan…
6)    Tak boleh tengok mata dia..malu ar konon..:P
7)    Setiap perasaan CINTA bermula dari mata

Kalau kita berdepan dengan orang yang kita SUKA
1)    Bila berdepan dengannya kita akan rasa gembira
2)    Musim panas tetap sebagai musim panas yang indah
3)    Bila terpandang matanya, kita akan senyum
4)    Bila berdepan dengannya, apa yang mahu dicakapkan pasti boleh luahkan semuanya
5)    Depannya kamu tak akan berasa malu pun


Mood nyanyi: yang mana satu…idaman kalbu..lalalala
Mana satu yang korang rasa kalau berdepan dengan sape2 je la yang korang suka..haha
Ke x de rasa langsung? Agak aneh disitu..:P
Tu je untuk ari ni…time kasih..:)

cinta dan persahabatan..menuntut sebuah pengorbanan


macam mana aku boleh tergerak hati nak menulis pasal topik ni? panjang citernya..huhu..alkisahnya..salah sorang kawan aku, nabel namanya telah mencabar aku untuk menulis topik ni..da lama da..cuma aku je tak sempat nak buat sebab mungkin emosi aku tak ok sangat kot..ye la..mana taknya..sekarang ni dunia aku siang dan malam sama je..malam macam siang..tak boleh nak tido sangat..aku anti lampu..huhu
bagi aku..cinta dan persahabatan tu saling berkait antara satu sama lain..cinta adalah persahabatan..tanpa berkawan dengannya macam mana nak menghidupkan kisah cinta..tanpa menjadi seorang kawan kepadanya, bagaimana nak mengenali dan memupuk rasa cinta kepadanya..dan untuk memenangi hati seseorang itu mestilah kena berkawan dan jalinkan persahabatan dulu..persahabatan adalah permulaan bagi segala-galanya..

kalau pengorbanan pula, apa yang aku faham..kesanggupan seseorang mengalah untuk orang lain dengan memberikan apa yang sepatutnya menjadi miliknya kepada orang lain..tetapi perlukah pengorbanan dilakukan andai melukakan diri sendiri untuk membahagiakan orang lain?
cinta dan persahabatan..menuntut sebuah pengorbanan...apabila terpaksa memilih antara cinta atau persahabatan..mungkin disitulah pengorbanan diperlukan..mungkin bagi sesetengah orang berfikir persahabatan adalah segalanya dan mungkin sebaliknya..tapi sanggupkah berkorban kebahagiaan sendiri semata-mata nak bahagiakan hidup orang lain? mungkin bagi sesetangah orang, melihat insan yang dia sayang bahagia walaupun bukan dengan dia tapi dengan orang lain..dia turut bahagia walaupun berkorban..persoalannya, berbaloikah apa yang dia lakukan seandainya hati dia yang terluka?kalau ada orang dapat jawab soalan ni..aku memang nak tahu sangat-sangat sebab aku pun mencari jawapan yang aku pun tak temui lagi..

Namun, kalau ditakdirkan dialah satu-satunya untuk kita..walaupun kita berkorban untuk kawan kita..akhirnya tetap akan bersama jua satu hari nanti. Jodoh itukan rahsia Allah..:)

cinta dan restu

Tak dapat dinafikan muda mudi zaman sekarang lebih memilih untuk mencari sendiri cinta mereka..berbanding zaman dulu yang perkahwinan lebih banyak diaturkan oleh keluarga…mana yang penting?? Cinta ataupun restu??
Jikalau kita sendiri yang mencari cinta..terjaminkah cinta itu akan bertahan sampai ke jinjang pelamin ataupun jika sampai ke jinjang pelamin sekalipun bertahankah?
Indahkah cinta yang dicari sendiri itu? Kalau indah mengapa perlu airmata ketika bercinta? Ataupun cinta bagi mereka diklasifikasikan sebagai airmata…pengorbanankah itu?
Cinta..cinta..kenapa kau sungguh menyakitkan? Tidakkah kau digambarkan sebagai satu yang indah yang perlu dikongsi..ataupun kau terlalu berharga untuk dimiliki setiap insan?
Cinta yang dicari sendiri kadang-kadang bukanlah yang terbaik…cinta yang didustakan,cinta yang dipersendakan,cinta yang tidak terbalas………….namun,mereka tidak jemu-jemu untuk memburu cinta..hebatkah cinta itu?? Hebatkah cinta apabila dapat menukarkan perasaan benci kepada suka?
Ya,hebat..sangat hebat apabila ia jugak dapat menukarkan kembali suka kepada benci……
Cinta yang dipilih oleh orang tua…….bagaimana pula dengan ini?
Bukankah lebih baik cinta dipupuk selepas nikah? Tidakkah ianya lebih manis?ataupun cinta restu ini hanya dipraktikkan oleh golongan berada? Yela..mak ayah nakkan menantu yang setaraf dengan mereka..mana taknya jodoh itu dicarikan…tidak kurang golongan sederhana jua ada yang mempraktikkan ini..bahagiakah dan bertahankah mahligai yang dibina itu? Tapi memang tak dapat dinafikan, cinta yang direstui lebih bertahan lama..kerna perkahwinan yang dibina dengan restu lebih diberkati….cinta tetap hadir dalam hidup..Cuma ia datang dengan lebih bermakna..tidaklah ia seperti cinta yang dipakai buang…
Kalau diberi pilihan, memang semua nak mencari sendiri cintakan..tapi sanggupkah lagi mahu mencari jika berkali-kali dilukai….kuatkah azam untuk mencari sebuah cinta yang sejati yang menjadi impian setiap adam dan hawa di dunia ini…duhai ibu dan ayah..andai takdirku memiliki cinta yang dicari olehmu..cinta yang direstu bukan cinta yang diburuku..aku reda jika itu ketentuan-Nya yang telah ditakdirkan untukku……
~mana satu pun pilihan..pilihlah yang terbaik..:)