Monday 21 April 2014

lukakan aku


bila hatiku berbicara
aku lupa
aku leka
melayan lara
ingin aku melupa
dukaku seketika
namun aku tak berjaya
kikiskan pesonanya

aku tahu ini akhirnya
aku tahu ini penghujungnya
tapi aku tak endah dan membutakan mata
aku biar diri diluka
terus diluka
bukan aku pinta
tapi aku terpaksa
kerana aku masih menyukainya

aku masih mahu menunggu
biarpun aku seperti tugu
aku cuma tak lagi jemu
biarpun cuma memandang namamu
itu cukup mengukir senyumku
walau dalam hati tak siapa tahu
hanya Allah mengerti hatiku

dan aku masih disini
tersangkut didalam situasi
jalan keluar belum ku jumpai

(LaFinna 6:00p.m 21/04/20114)

No comments:

Post a Comment