Seringkali aku terdengar ungkapan ini…kusangkakan ianya
hanyalah sekadar ungkapan sehinggalah pada suatu hari aku sudah benar-benar
faham dengan ungkapan ini..
~cinta tak boleh dipaksa tapi
boleh dipupuk~
“Awak…saya ingat lagi kali pertama awak bercakap dengan
saya..saya tahu mesti awak tak akan ingat semua tu tapi sampai sekarang saya
ingat lagi…ye, saya mengaku dulu saya tak pernah pun suka awak..saya rasa awak
tak ada apa-apa kelebihan yang menarik hati saya..saya pandang awak sebelah
mata je. Sekarang saya da faham hukum karma…akhirnya saya suka awak..itu
yang paling saya tak sangka..sampai beberapa bulan selepas tu kita
berkawan…saya pernah harapkan awak jadi sebahagian daripada hidup saya..tapi
saya tahu semua tu hanya satu mimpi…saya terlalu letakkan harapan yang tinggi
pada awak..saya takut saya kecewa nanti..apa yang harus saya buat awak???”
p/s: cerita diatas hanyalah sebagai contoh ye..:)
ada apa dengan cinta sampai semua nak bercerita tentang
cinta ye??
Kadang-kadang mungkin sy pon tak faham sebab tak tahu
makna sebenar cinta sejati..
Macam mana nak tahu yang dia tu adalah cinta sejati? Ada
tulis ke kat dahi?hahaha..memang mustahil la kan..tapi ada perbezaan antara
cinta dan suka…
Kalau kita berdepan dengan orang yang kita CINTA
1) Jantung kita akan berdegup laju
2) Musim salji macam musin panas
3) Akan rasa segan bila bertentang mata
dengannya
4) Apa yang nak dicakapkan kepada orang
tu tak akan terkeluar dari mulut,terkelu!
5) Akan berasa malu,segan…
6) Tak boleh tengok mata dia..malu ar
konon..:P
7) Setiap perasaan CINTA bermula dari
mata
Kalau kita berdepan dengan orang yang kita SUKA
1) Bila berdepan dengannya kita akan
rasa gembira
2) Musim panas tetap sebagai musim panas
yang indah
3) Bila terpandang matanya, kita akan
senyum
4) Bila berdepan dengannya, apa yang
mahu dicakapkan pasti boleh luahkan semuanya
5) Depannya kamu tak akan berasa malu
pun
Mood nyanyi: yang mana satu…idaman kalbu..lalalala
Mana satu yang korang rasa kalau berdepan dengan sape2 je
la yang korang suka..haha
Ke x de rasa langsung? Agak aneh disitu..:P
Tu je untuk ari ni…time kasih..:)