Showing posts with label Diari 2014. Show all posts
Showing posts with label Diari 2014. Show all posts

Monday, 21 April 2014

lukakan aku


bila hatiku berbicara
aku lupa
aku leka
melayan lara
ingin aku melupa
dukaku seketika
namun aku tak berjaya
kikiskan pesonanya

aku tahu ini akhirnya
aku tahu ini penghujungnya
tapi aku tak endah dan membutakan mata
aku biar diri diluka
terus diluka
bukan aku pinta
tapi aku terpaksa
kerana aku masih menyukainya

aku masih mahu menunggu
biarpun aku seperti tugu
aku cuma tak lagi jemu
biarpun cuma memandang namamu
itu cukup mengukir senyumku
walau dalam hati tak siapa tahu
hanya Allah mengerti hatiku

dan aku masih disini
tersangkut didalam situasi
jalan keluar belum ku jumpai

(LaFinna 6:00p.m 21/04/20114)

Sunday, 13 April 2014

kabur

sampai suatu saat dalam fasa kehidupan
aku tak tahu untuk buat keputusan
untuk terus terluka atau terus melangkah ke hadapan
aku keliru, aku keliru
aku tak tahu...

aku menulis kisah kau
setiap hari, setiap ketika
tapi pernah tak sekali kau baca kisahku?
kisah yang tak pernah terungkap
sejak hari itu..

semakin hari semakin tak biasa aku rasa
kenapa aku merasa kau sedang berubah?
adakah benar telahan aku
"andai aku setia, adakah kau akan berubah"
aku merasakan wujudnya yang lain
selain aku....

aku patut menunggu atau melangkah?
aku buntu
ya Allah..

*ape yang aku tulis pun aku sendiri tak faham..kahkah

Sunday, 30 March 2014

bahas bahasa

assalamualaikum..
hari ni terasa nak tulis pasal komunikasi atau mengenai bahasa yang digunakan..nama je belajar komunikasi tapi aku pun tak reti-reti lagi..

sebenarnya aku ni amatlah suka dengan bahasa melayu..bila? semuanya gara-gara masa form 3 tak silap aku..cikgu wan dan cikgu norafizan yang banyak dedahkan aku dengan karangan sampaikan aku jadi addicted dengan karangan dan mengejar markah BM untuk dapat paling tinggi dalam kelas..

bila masuk form 4..genre pun makin menaik dan makin susah..aku kena belajar banyak perkataan baru dan aplikasi dalam karangan..satu je yang aku suka..kepuasan bila cikgu tanda buku..aku suka tengok markah dan komen membina ;p

masuk form 5 pulak..permulaan baru..cikgu hazmiza dia perasan kecenderungan aku untuk menulis dan dia galakkan aku untuk menulis soalan no 5..first time aku cuba tulis cerpen, saje nak cabar diri..sebenarnya aku tulis untuk masuk pertandingan tapi tak tahu silap kat mana cikgu tak hantar..masa tu memang aku down gegila..sebabnya yang menang tu budak kelas bawah..protes aku sampai rosakkan prestasi gred BM masa midterm..haha..masa tu pulak ambik report card..padan muke kau aiza..

sejak form 4 n 5, BM aku memang antara A1 atau A2 je tapi insiden tu menyebabkan aku dapat B4..rupenye cerpen aku tu cikgu simpan masuk majalah sekolah -.-'. editor dia pulak kawan kelas aku..tapi aku tak suka cara dia taip balik cerpen tu..unsur suspens dia tukar jd cliche..hak cipta aku tuu..


cita-cita pun nak jadi cikgu BM tapi apakan daya hanya tinggal kenangan je..
pic yang hampir lupus..time abis spm..cara pakai tudung yg buat aku gelak sampai sekarang..that time aku pegi sekolah amik anugerah spm..mesti dapat agak kan? terbaik spm 2008 untuk matapelajaran Bahasa Melayu..

masuk balik topik kita, kenapa kita akan guna english bila situasi memaksa? aku menggunakan english atas 2 sebab semata..kekok atau speechless dan tengah marah..jenis aku ni suka baca balik conversation lama-lama..kadang2 aku rasa nak hantuk je kepala kat dinding sebab aku menggunakan english time aku kekok which is not sound to good for me..duhhhh

satu je aku kena perbaiki..aku kena banyak mulut..aku paling takut situasi berjumpa dengan orang baru nak kenal..rasa macam susahhhhnye nak bergaul tapi bila da selesa, akulah yang gilaa..


macam bestfriend aku kata, pemalu dan aku tak dapat dipisahkan tapi bila da rapat jadi sempoi pun boleh..ni post dia 2010 kot..now da 2014..walaupun kitaorang satu uitm tapi dia sangatlah buzy..kos event kan..

well, habis da kot..till meet again here.

Friday, 28 March 2014

menunggu

menunggu
tak semua orang boleh melakukannya kerana menunggu adalah sesuatu yang susah untuk dilakukan..tapi ianya tak mustahil.

inilah persoalannya..berapa lama yang harus ditunggu untuk menjadikan diri sebagai penunggu? apakah perlukan seumur hidup ataupun sehingga sesuatu penantian itu berakhir tak kira waktu?
teori menunggu ni sebenarnya lebih menjurus kepada sesuatu yang kedua-dua pihak yang salah seorang tak menerima manfaat or so called win-lose situation..

apabila mengejari pihak yang lain, it look like pathetic..aku takkan mengejar cinta sebab makin dikejar makin ia lari jauh dari aku..
so, dari mengejar beralih ke menunggu..the hardest part ever..sampai bila seseorang tu sanggup menunggu?


let it go..if you love somebody, let them go. if they return, they were always yours. if don't, they never were.  simple but hard to do right?

sebenarnya aku tak rasa layak pun nak tulis semua ni..just my 2cent..

lastly, my next poem that i think really suit this writing

bukan pemilik rusuk cinta diberi
hela udara bukan dari hembusannya
patri janji pada bukan yang akan penuhi
merindu pada bukan yang kumiliki
menunggu pada bukan yang menanti
mencintai insan bukan pemilik hati
setia pada yang tidak pasti
taruh harap pada yang tak sudi
bermimpi melawan realiti

La Finna

Wednesday, 26 March 2014

remember birthday without facebook reminder

happy birthday to someone that i still remembered till now..without facebook reminder of course..

aku selalu ingat tarikh lahir orang yang aku rasakan aku perlu ingat sama ada kawan baik, mahupun kenalan rapat yang lain ini tak termasuk keluarga, i means people who not my family..pemilik tarikh lahir dan tahun dirahsiakan..

1  . 30 januari
2.   26 februari
3.   27 mac
4.   03 jun
5.   21 julai
6.   03 ogos
7.   12 ogos
8.   21 ogos
9.   30 ogos
10. 13 oktober

tak banyak pun but at least i can remember without fb reminder :)

tabiat lain, aku suka hafal nama penuh orang..sebab? kalau nak tulis nama group senang kot ..tak payah asyik2 nak tanya bin binti ape..10 orang kat atas tu, semua nama penuh aku masih ingat lagi..



Sunday, 23 March 2014

enough of my emotional things

people said it was hard to forget..really? i bet it more painful to wait something..like what? waiting to get a dean list at least once? lol

i promised to myself not to harm my emotion anymore..i just keep silence from it or just log out..post at here expressing myself..

time heals everything??
i guess yes or maybe not..how much do i need? is that enough for 2 months to neutral back my mind, thought or whatsoever..neutral..hmm..to forget? take forever?  no? 3 years? maybe..

i hear a voice inside my heart always said..aiza,you are master of waiting..yeah, almost of my life i do waiting,waiting and waiting..although i hate waiting but now it seems to be my expertise..lol

something i wrote randomly when i love write poem in the middle of night:

kau 
ibarat angin yang menerpa
kehadiran terasa tapi tak nyata
lalu hembus berlalu jua

kau
bagai cahaya dimalam gelita
namun bila terpadam punca
gelap pasti akan terasa

kau
seperti haba mencairkan
benteng ais kupertahankan
lalu mengalir air membuka laluan