Saturday, 30 March 2013

akulah orangnya


akulah orangnya
yang dahulu hanya insan lemah
yang dahulu hanya mengalah

akulah orangnya
pernah tersungkur di bumi realiti
mengharap semua itu hanya ilusi
kerna aku tak mahu mengerti
sebuah makna tiada erti

akulah orangnya
mahu bangkit dari mimpi
ingin keluar dari imaginasi
yang hampir memakan diri

akulah orangnya
yang mempunyai satu misi
untuk berjaya di dunia realiti
meski jatuh bangun berkali
tapi...
pengalaman mendewasakan diri..

ciptaan spontan dari: aiza syafina@La Finna
12:33 a.m. 23 jun 2010

No comments:

Post a Comment