bila hati disakiti
aku biarkan sampai lali
bila hati dihancuri
aku tinggalkan kau sendiri
maaf, maaf, maaf
perkataan yang aku benci
kerna tiap kali pasti kau ulangi
biar berapa kali aku memaafi
hati ini tetap kau hancuri
lelah,penat untuk aku bermimpi
pijaklah kaki ke dunia realiti
pisang takkan berbuah dua kali
cukup sampai disini
selamat tinggal wahai pemudi
*1.15 a.m 5 april 2013
Friday, 5 April 2013
Tuesday, 2 April 2013
merajai
Penipuan demi penipuan
Aku hadap dan aku lawan
Kenapa tiada lagi kejujuran?
Aku terbitkan kisahku sebagai tatapan
Agar dapat dibina sebuah harapan
Penipuan takkan berpanjangan
Pasti tak tertelan oleh zaman
Wahai putra putri duniawi
Janganlah biar dusta merajai
Kelak tiada yang akan percayai lagi
Percakapanmu,perbuatanmu malah dirimu ini
Sesungguhnya
Dalam dunia wahai pujangga
Kejujuran sukar diperoleh jua
Ya! Ia adalah nyata
Saturday, 30 March 2013
hari itu
hari itu...
hari yang aku tunggu
hari segala penentu...
hari itu...
hari yang buat aku buntu
hati jadi keliru
fikiran jadi tak tentu...
hari itu...
pastikah ketemu?
dua hati bertaut dikalbu
saat rindu bertamu..
ya,hanya kau yang satu...
nukilan: syafina azam
sumber: hasil drpd berangan..haha
adaptasi drpd my first short story 'bahagia bukan milikku'
hari yang aku tunggu
hari segala penentu...
hari itu...
hari yang buat aku buntu
hati jadi keliru
fikiran jadi tak tentu...
hari itu...
pastikah ketemu?
dua hati bertaut dikalbu
saat rindu bertamu..
ya,hanya kau yang satu...
nukilan: syafina azam
sumber: hasil drpd berangan..haha
adaptasi drpd my first short story 'bahagia bukan milikku'
Labels:
Sajak
bicara tiada tajuk
Suaramu yang melekakan
Matamu yang mengasyikkan
Caramu yang mengagumkan
Bicaramu yang mencairkan
Meski semua itu bersifat mayapada
Tamsilan yang ternyata
Cukup menyeksa
Membuat insan menjadi alpa
Sehingga mereka terlupa
Untuk membuka mata dan minda
Ya, anda dibumi yang nyata!
Apabila fantasi menjadi dominan dalam diri
Terdorong nafsi dalam kehidupan insani
Menjadi mangkin merosakkan diri
Akhir kalam memakan diri
Bezakan antara mimpi dan realiti
Agar tidak tersilap lagi
Dalam merangkai maksud diberi
Supaya diri tak terluka lagi
*created by lafinna
10.22 p.m..23 Ogos 2010
Isnin bersamaan 13 Ramadhan 1431
andai aku punya
Andai masa itu aku yang punya
ingin aku putarkan sesuka hati
ingin aku ulang saat yang gembira berkali-kali
ingin aku hentikan di mana-mana yang aku sukai
andai sahaja masa itu aku punyai
Bangunlah wahai diri
Semua itu cuma angan dan mimpi
Kau tak akan pernah miliki
Masa yang kau impi
Kerana ia bukan milikmu yang hakiki
Masa tetap akan berputar dengan sendiri
Tak akan pernah berhenti
Tak akan pernah diulangi kembali
Dan setiap apa yang terjadi dan bakal terjadi
Tetap akan jadi
Itulah yang akan dilalui setiap insani
*ciptaan spontan la finna
6:08 p.m. 28 September 2010
cinta vs suka
Seringkali aku terdengar ungkapan ini…kusangkakan ianya
hanyalah sekadar ungkapan sehinggalah pada suatu hari aku sudah benar-benar
faham dengan ungkapan ini..
~cinta tak boleh dipaksa tapi
boleh dipupuk~
“Awak…saya ingat lagi kali pertama awak bercakap dengan
saya..saya tahu mesti awak tak akan ingat semua tu tapi sampai sekarang saya
ingat lagi…ye, saya mengaku dulu saya tak pernah pun suka awak..saya rasa awak
tak ada apa-apa kelebihan yang menarik hati saya..saya pandang awak sebelah
mata je. Sekarang saya da faham hukum karma…akhirnya saya suka awak..itu
yang paling saya tak sangka..sampai beberapa bulan selepas tu kita
berkawan…saya pernah harapkan awak jadi sebahagian daripada hidup saya..tapi
saya tahu semua tu hanya satu mimpi…saya terlalu letakkan harapan yang tinggi
pada awak..saya takut saya kecewa nanti..apa yang harus saya buat awak???”
p/s: cerita diatas hanyalah sebagai contoh ye..:)
ada apa dengan cinta sampai semua nak bercerita tentang
cinta ye??
Kadang-kadang mungkin sy pon tak faham sebab tak tahu
makna sebenar cinta sejati..
Macam mana nak tahu yang dia tu adalah cinta sejati? Ada
tulis ke kat dahi?hahaha..memang mustahil la kan..tapi ada perbezaan antara
cinta dan suka…
Kalau kita berdepan dengan orang yang kita CINTA
1) Jantung kita akan berdegup laju
2) Musim salji macam musin panas
3) Akan rasa segan bila bertentang mata
dengannya
4) Apa yang nak dicakapkan kepada orang
tu tak akan terkeluar dari mulut,terkelu!
5) Akan berasa malu,segan…
6) Tak boleh tengok mata dia..malu ar
konon..:P
7) Setiap perasaan CINTA bermula dari
mata
Kalau kita berdepan dengan orang yang kita SUKA
1) Bila berdepan dengannya kita akan
rasa gembira
2) Musim panas tetap sebagai musim panas
yang indah
3) Bila terpandang matanya, kita akan
senyum
4) Bila berdepan dengannya, apa yang
mahu dicakapkan pasti boleh luahkan semuanya
5) Depannya kamu tak akan berasa malu
pun
Mood nyanyi: yang mana satu…idaman kalbu..lalalala
Mana satu yang korang rasa kalau berdepan dengan sape2 je
la yang korang suka..haha
Ke x de rasa langsung? Agak aneh disitu..:P
Tu je untuk ari ni…time kasih..:)
cinta dan persahabatan..menuntut sebuah pengorbanan
macam mana aku boleh tergerak hati nak menulis pasal topik ni? panjang citernya..huhu..alkisahnya..salah sorang kawan aku, nabel namanya telah mencabar aku untuk menulis topik ni..da lama da..cuma aku je tak sempat nak buat sebab mungkin emosi aku tak ok sangat kot..ye la..mana taknya..sekarang ni dunia aku siang dan malam sama je..malam macam siang..tak boleh nak tido sangat..aku anti lampu..huhu
bagi aku..cinta dan persahabatan tu saling berkait antara satu sama lain..cinta adalah persahabatan..tanpa berkawan dengannya macam mana nak menghidupkan kisah cinta..tanpa menjadi seorang kawan kepadanya, bagaimana nak mengenali dan memupuk rasa cinta kepadanya..dan untuk memenangi hati seseorang itu mestilah kena berkawan dan jalinkan persahabatan dulu..persahabatan adalah permulaan bagi segala-galanya..
kalau pengorbanan pula, apa yang aku faham..kesanggupan seseorang mengalah untuk orang lain dengan memberikan apa yang sepatutnya menjadi miliknya kepada orang lain..tetapi perlukah pengorbanan dilakukan andai melukakan diri sendiri untuk membahagiakan orang lain?
cinta dan persahabatan..menuntut sebuah pengorbanan...apabila terpaksa memilih antara cinta atau persahabatan..mungkin disitulah pengorbanan diperlukan..mungkin bagi sesetengah orang berfikir persahabatan adalah segalanya dan mungkin sebaliknya..tapi sanggupkah berkorban kebahagiaan sendiri semata-mata nak bahagiakan hidup orang lain? mungkin bagi sesetangah orang, melihat insan yang dia sayang bahagia walaupun bukan dengan dia tapi dengan orang lain..dia turut bahagia walaupun berkorban..persoalannya, berbaloikah apa yang dia lakukan seandainya hati dia yang terluka?kalau ada orang dapat jawab soalan ni..aku memang nak tahu sangat-sangat sebab aku pun mencari jawapan yang aku pun tak temui lagi..
Namun, kalau ditakdirkan dialah satu-satunya untuk kita..walaupun kita berkorban untuk kawan kita..akhirnya tetap akan bersama jua satu hari nanti. Jodoh itukan rahsia Allah..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)